Salam.
Tahukah anda maklumat berkaitan cloth diaper? Teringin..? Ha, jom join contest ni :
Maklumat lanjut, sila lawat blog Puan Haniem ye =)
Aku dah lama dah dok cari2 maklumat pasal cloth diaper (CD) ni. Sejak Damia' lahir lagi..Dari satu blog ke blog lain asyik je tengok design2 yang cute2 belaka. Dah tu, banyak pula pilihannya. Selain dari warna, jenis CD juga berbeza mengikut keselesaan.
Banyak sebab aku nak pakai CD ni. Antaranya:
1) Pilihan terbaik
- Ye, bukan aku taktau pasal kebaikan CD ni. Dekat blog yang aku dok tengok tu, banyak je diceritakan tentang kelebihan CD berbanding Disposable Diapers (DD) yang ada di pasaran. Berbanding CD, diapers ada banyak bahan kimia yang boleh memberi kesan negatif kepada anak, contohnya macam kat sini. Erm, sape tak sayang anak kan?
2) Jimat
- CD ni walaupun memerlukan pelaburan yang agak mahal di awal penggunaannya, sebenarnya ia lebih jimat berbanding diapers. Aku tengok pun jadual pengiraan jumlah wang yang dilaburkan, perbandingan antara diapers dan CD selama 3 tahun. Ye, memang jimat! Ciri boleh-pakai-berulang-kali nya, dengan kebolehan untuk di'adjust'kan memang sangat memikat hati, sebab nanti adik2 Damia' pun boleh pakai juga. Takpun, Damia' sendiri boleh pakai lebih lama.
3) Mesra alam
- Sebab CD ni dibuat dari bahan yang lebih 'selamat' dari disposable diapers(DD), jadi ia lebih mesra alam lah. Lagipun, nama 'disposable' pada DD sendiri, menjadi sebab bumi ni penuh dengan DD. Oh, sudah tentulah tak mesra alam berbanding CD yang bilangan yang dibuangnya adalah lebih sedikit (kan dah cakap, CD boleh pakai bertahun2 kan, berbanding DD =p)
Erm, tulah. kalau ikutkan, naaaaaak sangat pakai CD. Aku ada lihat depan mata sendiri bagaimana kawanku menguruskan anaknya menggunakan CD. Sebelum ni, aku rasa susahlah asyik perlu rajin basuh je. Aku bimbang aku sibuk dan tak terbuat nanti. Tapi kan, aku tengok kawan aku steady je. Bukan payah pun nak basuh. Renjis2 kejap je, pastu sidai. Kejap je, pastu kering..Aku fikir, Damia' bukan kerap sangat perlu tukar salinan. Dia dah besar pun..
Lagi satu, aku concern juga pasal nursery yang nak terima budak yang berCD. Yelah, takut menyusahkan mereka. Bukan sedikit bilangan budak2 kat satu2 nursery.Mesti lebih dari satu =p Nak tak nak, anak memang kena hantar nursery, sebab bekerja..Tapi, aku ada dengar kawan beritahu pasal nursery yang terima baby yang berCD.Ya, ini peluang berguna!
Ha, tapi kenapa aku masih tak bertukar ke CD lagi?
Jujurnya, aku belum ada rezeki lebih untuk mulakan melabur dengan CD ni. CD kan perlu belanja besar sikit awal2nya, walau aku tak nafikan, memang sangat jimat lepas tu..
Yelah, aku ni baru je grad, kerja pun belum.Sebelum ni, memang kami cukup2 makan je dengan duit biasiswa. Nak bayar sewa rumah, susu Damia' yang seminggu rm67, perlu beli setiap minggu, nak bayar duit yuran sekolah Damia', pasal hal kuliyah kami lagi, pasal makan minum, tempat tinggal, pakaian, pasal simpanan kecemasan...Pendek kata, wang biasiswa tu, cukup2lah untuk kami habiskan satu sem. Jadi, sebab tu lah niat nak berCD terbantut.
Kalau takde rezeki, aku harap aku cepat2 ada duit untuk mulakan membeli CD untuk Damia'. Ye, jujurnya terasa pengaliran wang yang banyak terhadap DD. Membazir!Boleh jimat banyak sangat kat hal ni sebenarnya..Lagipun, aku fikir CD adalah alternatif yang bagus untuk latih Damia' ke tandas dengan sendiri. Mungkin boleh mula, sebelum guna seluar betul2..
Kesimpulannya, aku sangat hargai kalau aku dapat hadiah utama tu, sebagai pembakar semangat untuk mulakan Damia' dengan Cloth Diapers ^_^ Ya, aku sokong 120% penggunaan CD ni! Terima kasih HZ Baby Village kerana menyediakan alternatif. Alhamdulillah.
Tag :
hehe.. ok, entri layak dipertandingkan.. menarik! thanks sudi join contest ni..
ReplyDelete