Salam.
Butir2 pertandingan adalah seperti berikut :
Baiklah. Tanpa membuang masa, ini cerita AKU.
Aku anak sulung dalam keluarga. Menjadi anak sulung bagiku bukanlah menjadi satu kelebihan, kerana selalunya semua kesalahan diletakkan atas kepala,walau hakikatnya, adik2ku yang punya salah.
Sebetulnya, aku yang nakal ini punca segala. Mak cakap, aku adalah anak yang paling nakal antara semua. Tak jumpa dah anak macam aku ni.
Bagiku, mak seperti selalu ‘mencari pasal’ denganku.Ada saja yang tak kena di matanya. Akibatnya, aku jadi jauh hati dengan mak. Selalu saja aku memendam rasa yang akhirnya menjadi kepada pemberontakan peribadi. Ya, aku mengalami krisis identiti.. Bagiku, mak tak adil dalam memberi kasih sayangnya terhadap kami 7 beradik. Dalam semua, aku lah ‘the black sheep’..
Dari kecil, aku sudah biasa menjadi lain dari yang lain. Aku sahaja yang bersekolah agama antara semua. Aku sahaja yang dilorongkan ke arah agama, sedangkan yang lain2 diberi pilihan.Aku saja yang tak dapat duit raya antara semua. Aku sahaja yang tak dapat baju cantik2 macam yang lain ketika mereka pergi makan angin. Aku sahaja yang susah sangat nak minta lesen, sampai kena merayu2, tak macam yang lain.. (ah, sungguh tak matang aku ni kan?)
Sebabnya hanya satu..kerana aku ANAK SULUNG, kata mak. Jadi, aku perlu berkorban.Aku perlu menjadi contoh. Siapa lagi yang mahu menolong emak dan abah di syurga, kalau bukan aku?
Fikirku, bagaimana mahu menjadi contoh, jika aku sahaja yang ‘lain’? Bagaimana aku mahu kuat berdepan semua? Mampukah aku mendorong adik2 ke arah jalan yang dilorongkan untuk aku? Ah, memang beban sekali!
Jadinya, aku lebih rapat dengan kawan2 berbanding keluarga. Dari tahun ke tahun,aku melangkah lebih jauh, keluar dari rumah, dari negeri kelahiran. Ya, berjauhan dengan keluarga bukanlah satu yang pelik. Malah kadang2 lebih membahagiakan!
Begitulah hubungan kami. Tak telefon bertanya khabar pun, takde pape. Bila telefon, terus tanya,’tak cukup duit ke?’.Jadi, jaranglah aku telefon ke rumah.
Hinggalah sesuatu berlaku di tahun ke-2 pengajian di universiti.Aku dilamar seseorang, dengan niat untuk berkahwin! Lalu aku gelabah kerana berat sungguh bagiku untuk berlapang dada, membuka kisah kepada kedua orang tua. Jangankan hendak bersembang biasa2 pun berat, apatah lagi urusan memilih teman hidup.
Tapi, prinsipku yang taknak berkasih2an sebelum kahwin ‘memaksa’ diriku menceritakan semua. Ya, pada siapa lagi aku mahu halakan permintaan? Tentu sahaja kepada kedua orang tuaku.
Jujurnya, saat kritikal inilah yang mengharukan aku, tentang pengorbanan mak. Di saat itu, mak lah yang menenangkan abah, memujuk abah berfikir dengan rasional, mak juga yang memekakkan telinga dari kata2 ahli keluarga yang lain. Kononnya, aku ini GATAL ingin menikah awal. Mak juga yang bertegas tidak mahu menyusahkan keluarga suamiku dan akhirnya, mak jugalah yang bertungkus-lumus sewaktu akad nikahku, hinggakan terlepas saat bergambar bersamaku dan keluarga suamiku. Aku ingat sampai mati, mak takde bersamaku sewaktu majlis akad nikah, hanya kerana sibuk di dapur T__T
Gambar majlis kesyukuran.
Kali ini, ku 'paksa' semuanya, terutama mak abah yang sibuk melayan tetamu, untuk berada bersama. =)
Dalam keluarga, mak lah ‘menteri kewangan’ kami, kerana abah sudah pencen. Jadi, aku sangat terharu, bila mak sanggup laburkan duit untuk ‘mencantikkan’ rumah, semata2 untuk kenduri perkahwinanku. Bila ku tanya, mak cakap, ‘Takpe.Mak belanja..’ Sungguh, bergenang air mataku. Hingga mati aku ingat jasa mak. Bukan sedikit yang mak telah habiskan untuk aku, malah sejak dari kelahiran pun, mak cakap, aku lah anak yang paling susah sekali untuk dilahirkan T_T Banyak sungguh pengorbanan mak sebenarnya, hingga aku berasa malu kerana selalu mengungkit perbuatan mak.
Kerana aku sekarang adalah seorang ibu, aku jadi sangat faham perasaan mak. Mahu sahaja aku putarkan masa, menjadi anak yang lebih baik.
Aku sedar kini,
Hakikat ‘jalan’ pendidikanku yang berbeza, supaya boleh menjadi pedoman dan ikutan adik2
Hakikat diriku perlu menanggung kesalahan adik2, supaya aku lebih bertanggungjawab.
Hakikat diriku tidak dimanja seperti yang lain, supaya aku reti berdikari bila perlu
Hakikat asyik kena marah, ada saja yang tak kena, supaya aku lebih berhati2 dalam membuat keputusan.
Hakikat aku selalu tak dapat apa yang aku nak, supaya aku tahu bezakan keperluan dan kehendak..
Ya, hakikatnya aku seorang kaklong, akulah yang paling mak sayang sebenarnya!
Cumanya, cara mak meluahkan kasih sayangnya, kerap kali disalah tafsir olehku..
Ah~ sekarang baru kufaham apa yang tersirat.
Mak bukan robot, boleh diprogramkan untuk memberi keadilan buat semua dalam hal kasih sayang.
Mak cuma manusia biasa, punya perasaan yang kadang2 tak mampu dibendung akibat tekanan dari kami yang nakal ini..
Sempena pertandingan yang dianjurkan ini, aku luahkan rasa terhadapmu, betapa kamu bererti dalam hidupku, Puan Khotijah Yasin. Jika tanpa kamu, kepada siapa lagi ingin ku adukan nasibku?
Alhamdulillah, kini hubungan kami makin erat..Boleh saja bercerita itu dan ini, tentang perkembangan hidup masing2. Menjadi rujukan untukku lebih maju dalam hidup. Ya, aku kira, inilah hikmah terbesar perkahwinanku di usia muda. Alhamdulillah, aku bersyukur ya ALLAH.
Terima kasih ALLAH untuk mak yang satu ini. Benarlah kata abah saat aku mengadu ketidakselesaanku terhadap mak, '..Macam mana pun perangai mak...tu lah mak ikah, yang ikah ada kat dunia ni..' Hmm, sebak pula rasa bila mengingatkannya.
Aku doa, moga aku jadi anak yang membahagiakan mak selalu, dunia dan akhirat. Ya, masa semakin suntuk, kiamat main dekat, tapi aku yakin, ALLAH masih memberi sedikit ruang untukku berbakti, walau ku tahu, jasa mak terhadapku takkan pernah terbalas olehku....
Doakan aku, ya! ^_^
Aku jarang2 sekali bergambar bersama mak. Tapi, gambar ini cukup bermakna bagiku.
Ini gambar kali pertama beraya bersama selepas kahwin.
Lihatlah kami. Bahagia kan? ^_^ Alhamdulillah.
Tag :
salam.tenkiu2 atiqah..so nice ur journal..
ReplyDelete