Wednesday, May 25, 2011

HZ Baby Village Contest

Salam.

Tahukah anda maklumat berkaitan cloth diaper? Teringin..? Ha, jom join contest ni :

Maklumat lanjut, sila lawat blog Puan Haniem ye =)

Aku dah lama dah dok cari2 maklumat pasal cloth diaper (CD) ni. Sejak Damia' lahir lagi..Dari satu blog ke blog lain asyik je tengok design2 yang cute2 belaka. Dah tu, banyak pula pilihannya. Selain dari warna, jenis CD juga berbeza mengikut keselesaan.

Banyak sebab aku nak pakai CD ni. Antaranya:
1) Pilihan terbaik
- Ye, bukan aku taktau pasal kebaikan CD ni. Dekat blog yang aku dok tengok tu, banyak je diceritakan tentang kelebihan CD berbanding Disposable Diapers (DD) yang ada di pasaran. Berbanding CD, diapers ada banyak bahan kimia yang boleh memberi kesan negatif kepada anak, contohnya macam kat sini. Erm, sape tak sayang anak kan?

2) Jimat
- CD ni walaupun memerlukan pelaburan yang agak mahal di awal penggunaannya, sebenarnya ia lebih jimat berbanding diapers. Aku tengok pun jadual pengiraan jumlah wang yang dilaburkan, perbandingan antara diapers dan CD selama 3 tahun. Ye, memang jimat! Ciri boleh-pakai-berulang-kali nya, dengan kebolehan untuk di'adjust'kan memang sangat memikat hati, sebab nanti adik2 Damia' pun boleh pakai juga. Takpun, Damia' sendiri boleh pakai lebih lama.

3) Mesra alam
- Sebab CD ni dibuat dari bahan yang lebih 'selamat' dari disposable diapers(DD), jadi ia lebih mesra alam lah. Lagipun, nama 'disposable' pada DD sendiri, menjadi sebab bumi ni penuh dengan DD. Oh, sudah tentulah tak mesra alam berbanding CD yang bilangan yang dibuangnya adalah lebih sedikit (kan dah cakap, CD boleh pakai bertahun2 kan, berbanding DD =p)

Erm, tulah. kalau ikutkan, naaaaaak sangat pakai CD. Aku ada lihat depan mata sendiri bagaimana kawanku menguruskan anaknya menggunakan CD. Sebelum ni, aku rasa susahlah asyik perlu rajin basuh je. Aku bimbang aku sibuk dan tak terbuat nanti. Tapi kan, aku tengok kawan aku steady je. Bukan payah pun nak basuh. Renjis2 kejap je, pastu sidai. Kejap je, pastu kering..Aku fikir, Damia' bukan kerap sangat perlu tukar salinan. Dia dah besar pun..

Lagi satu, aku concern juga pasal nursery yang nak terima budak yang berCD. Yelah, takut menyusahkan mereka. Bukan sedikit bilangan budak2 kat satu2 nursery.Mesti lebih dari satu =p Nak tak nak, anak memang kena hantar nursery, sebab bekerja..Tapi, aku ada dengar kawan beritahu pasal nursery yang terima baby yang berCD.Ya, ini peluang berguna!

Ha, tapi kenapa aku masih tak bertukar ke CD lagi?

Jujurnya, aku belum ada rezeki lebih untuk mulakan melabur dengan CD ni. CD kan perlu belanja besar sikit awal2nya, walau aku tak nafikan, memang sangat jimat lepas tu..

Yelah, aku ni baru je grad, kerja pun belum.Sebelum ni, memang kami cukup2 makan je dengan duit biasiswa. Nak bayar sewa rumah, susu Damia' yang seminggu rm67, perlu beli setiap minggu, nak bayar duit yuran sekolah Damia', pasal hal kuliyah kami lagi, pasal makan minum, tempat tinggal, pakaian, pasal simpanan kecemasan...Pendek kata, wang biasiswa tu, cukup2lah untuk kami habiskan satu sem. Jadi, sebab tu lah niat nak berCD terbantut.

Kalau takde rezeki, aku harap aku cepat2 ada duit untuk mulakan membeli CD untuk Damia'. Ye, jujurnya terasa pengaliran wang yang banyak terhadap DD. Membazir!Boleh jimat banyak sangat kat hal ni sebenarnya..Lagipun, aku fikir CD adalah alternatif yang bagus untuk latih Damia' ke tandas dengan sendiri. Mungkin boleh mula, sebelum guna seluar betul2..

Kesimpulannya, aku sangat hargai kalau aku dapat hadiah utama tu, sebagai pembakar semangat untuk mulakan Damia' dengan Cloth Diapers ^_^ Ya, aku sokong 120% penggunaan CD ni! Terima kasih HZ Baby Village kerana menyediakan alternatif. Alhamdulillah.

Tag :

Saturday, May 21, 2011

Pin Juntai Contest by Ms Red Ribbon

Salam

Pin Juntai contest ni dianjurkan oleh Ms Red Ribbon. Syarat2 penyertaan adalah seperti berikut :

Aku nak teka harga pin juntai yang sangat menawan hati ni..

Harganya RM8.00

Kalau ada rezeki, nak warna sama macam gambar kat atas tu. KELABU, kan? =)

Jomlah pakat2 join contest yang akan berakhir pada hari ni (22hb Mei 2011), pukul 11.59pm ^_^

::CONTEST:..Ape Tema Nye Eh!?::

Salam.


Ketika berblog walking tadi, aku jumpa contest yang best ni. Meh tengok apa dia kata :

Well, aku excited sebab aku faham rasa pakai baju ikut tema nih =) Kami pun selalu je kalau nak jalan2 atau program pape, mesti nak buat tema tertentu..Selalunya, sama warnalah. Tapi, aku fikir untuk photoshoot, bak kata pemilik blog nih, aku nak suggest satu tema yang special.

Ya, temanya adalah

FAIRY TALE!

Kami dah pernah cuba tema ni sewaktu majlis graduasi aku bulan lepas..Cantik!

Snow White & Prince Charming of Snow White ^_^

Ni versi Encik Google :


Ha, cantik kan? Kami dah posing macam2 style. Tapi, seganlah nak letak banyak2 kat sini..Yes,dengan bantuan props, rasanya sesuailah! Ehem, kalau nak sewa dari kami pun boleh =)

Akhir kata, selamat berphotoshoot ya!

Tag :

Thursday, May 19, 2011

CONTEST ".. I LOVE MY MOMMA.."

Salam.
 Butir2 pertandingan adalah seperti berikut :

Baiklah. Tanpa membuang masa, ini cerita AKU.

Aku anak sulung dalam keluarga. Menjadi anak sulung bagiku bukanlah menjadi satu kelebihan, kerana selalunya semua kesalahan diletakkan atas kepala,walau hakikatnya, adik2ku yang punya salah.

Sebetulnya, aku yang nakal ini punca segala. Mak cakap, aku adalah anak yang paling nakal antara semua. Tak jumpa dah anak macam aku ni.

Bagiku, mak seperti selalu ‘mencari pasal’ denganku.Ada saja yang tak kena di matanya.  Akibatnya, aku jadi jauh hati dengan mak. Selalu saja aku memendam rasa yang akhirnya menjadi kepada pemberontakan peribadi. Ya, aku mengalami krisis identiti.. Bagiku, mak tak adil dalam memberi kasih sayangnya terhadap kami 7 beradik. Dalam semua, aku lah ‘the black sheep’..

Dari kecil, aku sudah biasa menjadi lain dari yang lain. Aku sahaja yang bersekolah agama antara semua. Aku sahaja yang dilorongkan ke arah agama, sedangkan yang lain2 diberi pilihan.Aku saja yang tak dapat duit raya antara semua. Aku sahaja yang tak dapat baju cantik2 macam yang lain ketika mereka pergi makan angin. Aku sahaja yang susah sangat nak minta lesen, sampai kena merayu2, tak macam yang lain.. (ah, sungguh tak matang aku ni kan?)

Sebabnya hanya satu..kerana aku ANAK SULUNG, kata mak. Jadi, aku perlu berkorban.Aku perlu menjadi contoh. Siapa lagi yang mahu menolong emak dan abah di syurga, kalau bukan aku?

Fikirku, bagaimana mahu menjadi contoh, jika aku sahaja yang ‘lain’? Bagaimana aku mahu kuat berdepan semua? Mampukah aku mendorong adik2 ke arah jalan yang dilorongkan untuk aku? Ah, memang beban sekali!

Jadinya, aku lebih rapat dengan kawan2 berbanding keluarga. Dari tahun ke tahun,aku melangkah lebih jauh, keluar dari rumah, dari negeri kelahiran. Ya, berjauhan dengan keluarga bukanlah satu yang pelik. Malah kadang2 lebih membahagiakan!

Begitulah hubungan kami. Tak telefon bertanya khabar pun, takde pape. Bila telefon, terus tanya,’tak cukup duit ke?’.Jadi, jaranglah aku telefon ke rumah.

Hinggalah sesuatu berlaku di tahun ke-2 pengajian di universiti.Aku dilamar seseorang, dengan niat untuk berkahwin! Lalu aku gelabah kerana berat sungguh bagiku untuk berlapang dada, membuka kisah kepada kedua orang tua. Jangankan hendak bersembang biasa2 pun berat, apatah lagi urusan memilih teman hidup.

Tapi, prinsipku yang taknak berkasih2an sebelum kahwin ‘memaksa’ diriku menceritakan semua. Ya, pada siapa lagi aku mahu halakan permintaan? Tentu sahaja kepada kedua orang tuaku.

Jujurnya, saat kritikal inilah yang mengharukan aku,  tentang pengorbanan mak. Di saat itu, mak lah yang menenangkan abah, memujuk abah berfikir dengan rasional, mak juga yang memekakkan telinga dari kata2 ahli keluarga yang lain. Kononnya, aku ini GATAL ingin menikah awal. Mak juga yang bertegas tidak mahu menyusahkan keluarga suamiku dan akhirnya, mak jugalah yang bertungkus-lumus sewaktu akad nikahku, hinggakan terlepas saat bergambar bersamaku dan keluarga suamiku. Aku ingat sampai mati, mak takde bersamaku sewaktu majlis akad nikah, hanya kerana sibuk di dapur T__T

Gambar majlis kesyukuran. 
Kali ini, ku 'paksa' semuanya, terutama mak abah yang sibuk melayan tetamu, untuk berada bersama. =)

Dalam keluarga, mak lah ‘menteri kewangan’ kami, kerana abah sudah pencen. Jadi, aku sangat terharu, bila mak sanggup laburkan duit untuk ‘mencantikkan’ rumah, semata2 untuk kenduri perkahwinanku. Bila ku tanya, mak cakap, ‘Takpe.Mak belanja..’ Sungguh, bergenang air mataku. Hingga mati aku ingat jasa mak. Bukan sedikit yang mak telah habiskan untuk aku, malah sejak dari kelahiran pun, mak cakap, aku lah anak yang paling susah sekali untuk dilahirkan T_T Banyak sungguh pengorbanan mak sebenarnya, hingga aku berasa malu kerana selalu mengungkit perbuatan mak.

Kerana aku sekarang adalah seorang ibu, aku jadi sangat faham perasaan mak. Mahu sahaja aku putarkan masa, menjadi anak yang lebih baik.

Aku sedar kini,
Hakikat ‘jalan’ pendidikanku yang berbeza, supaya boleh menjadi pedoman dan ikutan adik2

Hakikat diriku perlu menanggung kesalahan adik2, supaya aku lebih bertanggungjawab.

Hakikat diriku tidak dimanja seperti yang lain, supaya aku reti berdikari bila perlu

Hakikat asyik kena marah, ada saja yang tak kena, supaya aku lebih berhati2 dalam membuat keputusan.

Hakikat aku selalu tak dapat apa yang aku nak, supaya aku tahu bezakan keperluan dan kehendak..

Ya, hakikatnya aku seorang kaklong, akulah yang paling mak sayang sebenarnya!

Cumanya, cara mak meluahkan kasih sayangnya, kerap kali disalah tafsir olehku..

Ah~ sekarang baru kufaham apa yang tersirat.
Mak bukan robot, boleh diprogramkan untuk memberi keadilan buat semua dalam hal kasih sayang.
Mak cuma manusia biasa, punya perasaan yang kadang2 tak mampu dibendung akibat tekanan dari kami yang nakal ini..

Sempena pertandingan yang dianjurkan ini, aku luahkan rasa terhadapmu, betapa kamu bererti dalam hidupku, Puan Khotijah Yasin. Jika tanpa kamu, kepada siapa lagi ingin ku adukan nasibku? 

Alhamdulillah, kini hubungan kami makin erat..Boleh saja bercerita itu dan ini, tentang perkembangan hidup masing2. Menjadi rujukan untukku lebih maju dalam hidup. Ya, aku kira, inilah hikmah terbesar perkahwinanku di usia muda. Alhamdulillah, aku bersyukur ya ALLAH.

Terima kasih ALLAH untuk mak yang satu ini. Benarlah kata abah saat aku mengadu ketidakselesaanku terhadap mak, '..Macam mana pun perangai mak...tu lah mak ikah, yang ikah ada kat dunia ni..' Hmm, sebak pula rasa bila mengingatkannya.

Aku doa, moga aku jadi anak yang membahagiakan mak selalu, dunia dan akhirat. Ya, masa semakin suntuk, kiamat main dekat, tapi aku yakin, ALLAH masih memberi sedikit ruang untukku berbakti, walau ku tahu, jasa mak terhadapku takkan pernah terbalas olehku....

Doakan aku, ya! ^_^

Aku jarang2 sekali bergambar bersama mak. Tapi, gambar ini cukup bermakna bagiku.
Ini gambar kali pertama beraya bersama selepas kahwin.
Lihatlah kami. Bahagia kan? ^_^ Alhamdulillah.

Tag :